Halaman Utama

     


Menghasilkan dan menyebarkan kurikulum yang bermutu sesuai dengan keperluan dan aspirasi Negara serta mempelbagai bahan kurikulum bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Antara objektif penubuhan Kedai Buku adalah seperti berikut:

  • Memudahkan orang ramai khususnya ibubapa dan penjaga untuk membeli buku-buku teks dan buku-buku kerja asas.
  • Memberikan maklumat mengenai status buku-buku teks, buku-buku kerja dan lain-lain seperti keberadaan atau kekurangan buku di pasaran dan lain-lain.
  • Memasarkan buku-buku keluaran Jabatan Perkembangan Kurikulum dan juga buku-buku yang digunakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah.
  • Sebagai 'meja maklumat' orang ramai terutama ibubapa, guru dan pengurus-pengurus kedai buku serta pencetak-pencetak dalam hal ehwal buku.

1. Buku Teks Asas Buku teks asas digunakan oleh pelajar/guru sebagai buku teks dan bahan pembelajaran asas yang utama. Ia telah diperakui oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum. Buku teks asas ini dipinjamkan kepada semua pelajar yang menuntut di sekolah kerajaan. Ia dihasilkan sama ada secara usahasama, terbitan Jabatan Perkembangan Kurikulum atau buku terbitan luar.
2. Buku Kerja AsasBuku kerja asas ialah buku aktiviti yang mendukung buku teks asas bagi meningkatkan lagi kemahiran serta kefahaman melalui latihan-latihan dan kegiatan-kegiatan yang diberikan. Semua pelajar dikehendaki membeli buku ini di kedai buku Jabatan Perkembangan Kurikulum atau syarikat-syarikat penjual buku yang didaftarkan dengan Jabatan Perkembangan Kurikulum.
3. Buku TambahanBuku tambahan ialah buku yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan rujukan bagi mendapatkan keterangan lanjut dan maklumat tambahan.
4. Buku PanduanBuku panduan ialah buku yang digunakan oleh guru sebagai panduan semasa mengajar di samping penggunaan buku teks.
5. Buku Sumber/RujukanBuku sumber guru ialah buku yang digunakan oleh guru sebagai bahan sumber guru dalam penambahan informasi semasa mengajar.